Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Monday, June 15, 2020

Lepas raya, suami cadang untuk cat dalam rumah. Awalnya dia bajet untuk beli cat bagi ruang tamu kami yang kesuraman tu. Maklumlah, kami beli rumah atas tangan mak menakan. Tentunya cat yang ada sudah lama.

Dalam masa satu hari sahaja dengan bantuan adik dan adik ipar selesai urusan mengecat di ruang tamu. Kami tukar semua lampu yang malap, pakai yang cahayanya putih. Alhamdulillah, memang gebu dan cerah ruang tamu kami.

Ada bajet lebih, suami belikan cat untuk ruang tengah dan dapur. Sekali lagi adik2 datang bantu habiskan dalam masa satu hari. Selesai semua.

Terima kasih ya Allah, Kau permudahkan semua urusan kami. Semua berjalan lancar tanpa ada kecacatan. Itulah, dalam kebahagiaan kita jangan lupa di situ ada pertolongan dari Allah. Sentiasa kita ingat kepadaNya, mohon pertolonganNya..

Tuesday, May 12, 2020

Rindunya aku untuk kembali menulis. Kisah hidup aku, suka duka aku tapi masa yang tidak mengizinkan. Aku sibuk. Hidup seperti robot, menjalani rutin seharian yang hampir sama.

Tahun 2020 ini, banyak memberi perubahan dalam hidup aku....suami, anak2 dan boleh dikatakan hampir 1 dunia merasai perubahan ini. Tahun 2020 di mana dunia dilanda ancaman wabak COVID-19 yang boleh membawa maut kepada sesiapa yang dijangkitinya.

Akibat wabak ini, satu Malaysia diarahkan untuk menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP), di mana semua orang tidak boleh keluar dari rumah kecuali ketua keluarga sahaja. Itu pun hanya untuk membeli barang keperluan. Semua ditutup, sekolah..pejabat...semua sektor.

So, bermulalah rutin ibu sepenuh masa di rumah dari 18/03/2020 sehingga 09/05/2020. Setiap hari di rumah bersama anak-anak yang cuti dari sesi persekolahan. Aku pula bekerja dari rumah seperti yang diarahkan. Penat juga sebab dalam bekerja kita kena melayan karenah anak-anak, sediakan makan minum dan pastikan rumah sentiasa berkeadaan bersih. Bersih yaa...bukan berkeadaan kemas...sebab susah siki bagi ibu yang ada anak kecil seperti aku untuk tengok keadaan rumah yang kemas setiap masa...ada masa sakit mata memandang. Tapi anak-anak sudah faham, jika pandai main pandailah diorang simpang. Cuma adalah sisi-sisi yang tak berkenan di mata seorang ibu.

Bermula 10/05/2020, aku kena keluar bekerja bergilir-gilir dengan semua staf di pejabat. Kena pula bulan puasa. Jadi letih la kalau nak balik masak pula kan. Bazar  ramadhan pun tak ada. Hanya yang ada gerai-gerai kecik yang berselerak menjual juadah berbuka puasa. Kalau bazar tu, setempat...senang nak buat pilihan.

Monday, May 11, 2020

Sudah sangat lama aku menyepi. Tenggelam dalam kesibukan hidup. Hanyut dibawa arusnya. Seketika aku tersedar, tersentak tapi aku leka kembali.

Sehingga tiba tahun 2020 yang dinantikan. Aku tidak sangka ada hikmah dan hidayah Allah di sini yang menantiku. Sungguh aku malu kepada Tuhanku. Iman aku timbul tenggelam. Hilang dalam nikmat yang Dia kurniakan.

Alhamdulillah, aku kini kembali memandu ikut landasan Allah. Aku lengkapkan sisi hidup aku yang telah lama gelap, tiada cahaya iman yang menerangi ruh ku. Ruh yang lemah longlai kerana tidak dipedulikan, kini aku suap dengan ibadat.

Semoga aku terus istighomah. Semoga aku menjadi insan solehah untuk bekal aku di akhirat sana, negeri yang kekal abadi.

Wednesday, March 19, 2014

Pagi tadi bersarapan dengan staf di Kg Berjaya. Pekena nasi lemak sedap, siang teringat malam termimpi. Masak daging dia memang sedap. Ingat lain kali pi sana nak beli bungkus kat mama.

Kerja berjalan seperti biasa, kurang la sibuknya. Tengahari hubby call cakap nak pi amik Aulia Asyikin di sekolah. So, aku tak perlu keluar tengahari ni. Oh ya, lupa  pula cerita tentang Aulia Asyikin.

Dia semenjak dapat adik ni dah pandai macam2. Dah besar dan matang sikit daripada dulu. Cuma kadang2 dengan adik suka cari gaduh...tak mau mengalah....dia pun dah masuk ke darjah 1. Memang pada mula persekolahan dulu dia selalu nangis tapi sekarang tidak lagi. Dia dah faham tentang rutin seharian alam persekolahan. Makan di sekolah, nak beli di kantin. Tak mau bawa bekal sebab katanya takut tertinggal di bawah meja. Memang pun dia suka tinggal barang. 

Sekarang di umah tak masak...makan kedai ja...sampai rasa dah bosan. Bila nak masak, hari minggu sajalah. Bila ketagih nak masak, aku buat something dan bawa ke pejabat untuk sarapan dengan kawan-kawan. Diorang ni makan apa sahaja. Sedap ker tak sedap ker, hantam sajalah. Janji boleh makan...hehheheheeeee.....bagus betul, tak memilih. Selalunya aku buat 'caremel'...daripada tak jadi sampai laaa yang paling sedap. Memang dah jadi favourite.....

Handphone aku rosak...notebook pon rosak....nak amik gambar dah tak boleh....tunggu lah, kalau ada rezeki, insyaallah aku akan ikhtiarkan untuk post gambar2 menarik....

Tuesday, March 18, 2014

Assalamualaikum semua....

Kesibukan yang terlalu....macam2 dah jadi dalam masa setahun lebih ini...rasa macam nak bercerita banyak benda tapi tak tak tahu nak mula dari mana...

Apa yang penting dan berita yang paling mengembirakan.....aku dah berjaya beli rumah yang diidamkan...walaupun bukan rumah baru, aku amat bersyukur....susahnya dak buat loan rumah...aku amat menghargainya....

Rasanya aku stop menaip di sini lepas bersalin anak kedua...biasalah, masa dah terhad...sekarang usia Aulia Humayraa dah 2 tahun...aku dah ada banyak masa untuk mencoret kembali perjalanan hidup serta luahan hati aku ni....

Pada siapa lagi nak aku luahkan...hanya di sini....2 kali aku mengalami keguguran...sekarang still lagi mencuba...dan aku juga pernah bertukar kawasan tempat kerja, dan sekarang ini aku bertukar kembali ke tempat asal....

Sekarang aku baru start menceburkan diri dalam bisnes kecil-kecilan....online ja....saper yang berminat boleh try lawat https://www.facebook.com/terbaikhanyadisini