Ada yang lebih baik daripada #CelcomEveryone untuk mengakhiri tahun 2010? Cubalah, mana tahu The Blackberry 9780 akan menjadi milik anda!
ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)
Senyumlah walaupun mengulum seribu kebahagiaan dan juga sejuta kelukaan...kerana senyuman itu satu sedekah dan satu senyuman boleh membuatkan orang lain rasa disayangi.....
Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....
Friday, December 31, 2010
Sunday, December 26, 2010
Cuti-cuti 2010
Hari ini baru aku mula bekerja setelah satu minggu bercuti....rasa macam blur ja nak buat keja, kena tarik nafas panjang2 dan rehat kejap baru leh pikir apa yang kena buat....
Cerita tentang cuti2 hari tu, konvoi keta sampai ke Johor....boleh la tgk Kota Singa di seberang tu.....time kat Tanjung Puteri tu hampir senja, jadi boleh la nampak Singapura bercahaya....
Keluarga hubby yang turut serta
Berlatar belakangkan Kota Singapura
Bila lagi nak kepit2
Ckin lena pula, tak tido siang...sbb tu tak sedarkan diri
Hubby dengan gaya bersahaja...
Hubby dengan topi kesayangan
Control macho....control ayu
Ni mak ngan ayah mertuaku....ayah tak mau kepit sikit lagi, malu2 pulak
Cucu yang ini pun nak bergambar jugak
Steady saja....
Dukung lagi...
Dari Johor kami ke Melaka, jalan2 di sana. Memang time ni ramai sangat pelancong dari seluruh pelusuk negara. Maklum la cuti sekolah kan......ramai la yang bawa anak beranak jalan2 makan angin tengok tempat orang. Sesak juga la di Dataran Pahlawan.
Sampai ja kami kat sana, mula2 sekali kena cari susu Ckin.....dah abis....penat juga la jalan sampai ke Giant di seberang jalan....konon macam tau tempat la.....heheee......aku,hubby ngan Ckin berjalan sambil2 tengok jualan sempena Krismas nanti....banyak sale....tengahari kami 3 beranak makan McDonald...favourite kami la tuuuu.....lepas tu baru la jalan2 sekitar dataran....
Kota A Farmosa
Dapat bergambar dengan Ckin saja,tak der orang nak tolong ambil gambar kami 1 family...huhuuu
Replika kapal terbang tinggalan perang....Ckin beriya2 nak naik kapal terbang tu
Shopping pula....kat Dataran Pahlawan tu banyak jualan....tak banyak yang aku beli, cuma baju untuk anak saudara 'Ayish' dan juga 'asam katok' (tak tahu nama sainsnya) untuk mama.... Setelah penat berjalan di keliling Dataran Pahlawan tu, kami bertolak ke Negeri 9 untuk bermalam di rumah kawan hubby....percutian bertukar jadi perjalanan yang tak menyeronokkan bila adik ipar aku sakit dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Pakar Senawang.....dia hampir dimasukkan ke wad tapi ayah mertua menahan dengan alasan adik sembuh selepas menerima satu suntikan.....hmmm....
Sebelum pulang ke Alor Setar, kami sempat singgah di Masjid India, Putrajaya dan juga KLCC...bila tak seronok ni nak berjalan2 pun rasa terganggu....nak beli barang pun dah tak ada mood..kat Masjid India tu aku belikan kain sut untuk mama dan 2 orang adik perempuan...itu sahaja...
Dengan 3 orang sepupu
Memang letih sbb perjalanan yang jauh. Tapi antara semua tempat yang dilawati, hanya Melaka sahaja rasa macam nak datang lagi...Bukan apa, tak sempat melawat semua tempat kerana kekangan kesihatan adik ipar tu..ingat lain kali nak bercuti ngan hubby sahaja,heheheeeee.....aku dengan hubby jenis melancong....tapi yang sertai konvoi tu jenis ke-2 iaitu melancong + shopping....aduh, letih menunggu.....
bila boring2, kami buat la aktiviti sendiri.......hubby dengan gaya dia, aku ngan Ckin dengan gaya kami.....heheee.....last2 Ckin ambil gambar sendiri.....
Begitulah cerita yang agak panjang tentang percutian kali ini....secara keseluruhannya aku agak tak puas hati laaa....mungkin ada yang akan kata aku ni cerewet tapi itulah yang aku rasa.....betul2 tak beri kepuasan maksima....terasa terganggu lagi ada laaaa.....orang bercuti nak tenangkan minda tapi sebaliknya pula yang aku rasa......
Monday, December 13, 2010
Batuk2 lagi.....5 hari tak ada suara...semua orang ketawakan aku....heheeee....memang teruk la bila suara jadi kecik....tambah pula keja kat pejabat kena jumpa orang,hmmmm....'minta maaf,saya batuk'....itu selalu aku ucapkan bila nampak gaya tidak selesa orang yang berurusan denganku.....hahaaaa,tak pernah lagi terjadi dalam hidup aku....sekarang ni dah ok,cuma masih batuk2 lagi.....
16hb ni kalau ikut plan aku akan bercuti ke selatan Malaysia.....tak sabar rasanya.....nak pergi bersama family hubby....ramai la,so bukan personal bulan madu la......heheeee....nampak gaya macam tak ada bajet nak berbelanja sakan nanti....gaji tak masuk lagi,bonus pun tak ada....huhuuu.....so, pergi jalan2 sajalah....nanti amik gambar banyak2....bleh citer lagi.....
Subscribe to:
Posts (Atom)