Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Sunday, December 4, 2011

Aidiladha Yang Bermakna....

Tahun banyak kenangan. Bermula dari awal tahun, anak manja masuk sekolah....sampai pertengahan tahun anak manja dah tak mau pi sekolah...heheheeee...lepas tu aku pula yang disahkan mengandung anak yang kedua....dalam keseronokan tu ada la cerita2 yang tak seronok yang berlaku di rumah.....hmmmm,sabar jer laaaaa.....

Dalam rasa tidak seronok tu,aku dan hubby berusaha untuk membeli rumah ibu saudara. Cita2 tercapai dan pada hari raya Aidiladha yang ke-3, kami masuk ke rumah baru. Rumah yang besar dan cantik bagiku....hubby ajak family aku tinggal bersama2 kami tapi depa tak mau....maklumla, nak tinggalkan rumah arwah abah yang banyak kenangan tu....susah.....
Dalam keadaan aku yang sarat mengandung ni, apa yang aku boleh buat...sekadar mengemas setakat yang termampu sahaja.....awal2 pindah tu aku kerja teruk sikit....sampai habis satu badan sakit2...sampai sekarang masih terasa tp aku tak bersungut cuma bagi tau hubby yang aku ni sakit urat bawaan budak......hmmmm....dia tolong urutkan kaki yang selalu lenguh2 tu....

kalau bab nak hias rumah,belum lagi....bila balik kerja dah letih...kadang2 masak untuk makan malam....nak beli perabut pun kewangan tak mengizinkan lagi....boleh la nak berhutang tp bila kira2 balik nak bayar bulan2 tu takut tak lepas lak....tak apa lah,boleh bersabar walaupun aku dah rasa sakit pinggang asyik duduk atau baring di lantai...macam mana pun aku tak pernah bersungut tentang itu....sbb aku tahu hubby juga tentu merasakan apa yang aku rasa.....cukuplah dia lengkapkan rumah kami dengan alat2 keperluan asas spt dapur,peti ais dan mesin basuh.....itu pun aku cukup bersyukur.....

HMmmmmm....sekarang ni adik hubby tinggal sekali ngan kami.....byk la kontroversi yang melibatkan emosi dan perasaan...dan aku perlu bersabar....tak ada tempat mengadu selain hubby sendiri.....orang selalunya akan ikut cara orang yang ditumpanginya,bukan nak buat cara sendiri sahaja.....pastu ari tu masa mula2 masuk umah, dia nak 2 bilik untuk dia sorang....mengawal sungguh....dah tu berebut lak ngan bilik yang adik aku tempah....aku pun berangin jugak la....baju dia aku yang basuh,aku yang lipat....dekat mesin basuh dah letak raga,tp dalam bilik air juga yang dia tinggai....aku nak kena p kutip lak....umur dah 20 tahun tapi tak berapa reti nak pikir.....mcm2 citer lagi la...kalu diceritakan di sini,mungkin tak larat nak menaipnya.....

Itulah,kadang2 terfikir apa nasib aku....dugaan demi dugaan datang....menguji hati dan jiwa aku......kesabaran ini teruji....hanya doaku mengiringi,agar dikurniakan kekuatan kerana ujian yang entah sampai bila.....


Sunday, October 30, 2011

Nikmat yang Tidak Disyukuri.....

Pagi2 mai pejabat dengan perasaan yang bercampur baur. Marah + geram +terkilan + kecewa + sedih dan macam2 lagi....semua bercampur baur dalam dada....

Kadang2 manusia ni tidak tahu mensyukuri nikmat yang Allah beri. Semua yang dihajati dapat tanpa perlu bersusah payah.SEbut sahaja, semua berada depan mata. Tidak pernah kenal perit jerih orang lain untuk menunaikan setiap hajatnya. 

Kita hidup di dunia ini perlu sentiasa muhasabah diri. Bukan bertanya apa yang orang lain buat untuk aku tetapi apa yang aku dah buat atau dah sumbangkan kepada orang lain disekeliling aku. 

Keikhlasan seseorang tidak boleh diukur hanya dari pandangan mata kasar. Soal hati, ikhlas atau tidak itu hanya tuan punya badan yang tahu. Kita jangan menghukum seseorang sewenang-wenangnya mengikut perasaan kita sahaja sedangkan bab ikhlas ini sesuatu yang amat subjektif.

Apa pula perasaan diri bila minta pertolongan berkali2 daripada orang yang kita benci. Orang itu tidak pula pernah mengabaikan permintaan kita walhal dia tahu bahawa kita benci padanya. APA SALAH DIA??????.....jangan sampai satu hari dia menjadi terlalu bosan sehingga terus melupakanmu.

Bagi diri aku, tiada lagi kemaafan yang dapat kuberikan padamu. Sudah tiada apa yang dapat aku katakan kerana hati ini terlalu terluka dengan sikapmu. Kau melukakan hati orang yang aku sayang sedangkan orang itulah tempat kau minta pertolongan. Jangan kau harapkan apa2 lagi daripada aku ataupun dari DIA.....................mintalah pada Tuhan yang Maha Esa...mintalah keampunan daripadaNya.....sebelum kain kapan menutup mata...................berhentilah daripada terlalu bergantung kepada orang lain....berhentilah melukai hati orang2 di sekelilingmu.......jangan biar air mata mereka mengalir kerana perbuatanmu............cubalah guna fikiran yang Allah kurniakan...jangan ikut hati dan perasaan kau yang gila itu....gunalah akal yang waras....

Tuesday, September 20, 2011

Trip to Bukit Merah....


Gambar ngan family yang sertai trip pada 17/09/2011

 Aulia Asyikin bergaya dengan sepupu sepermainan Muhamad Farish Wajdi

 Aulia Asyikin dengan penuh semangat

Entah apa yang dimenungkan itu.....

Tak sempat2 nak bergambar,anak dah merap...mengantuk + letih mandi

Tanggal 17/09/2011 yang lalu tanpa dirancang,family ajak pergi berkelah di Bukit Merah...terus setuju jer....ari2 cuti boring gak kalu dok umah ja....heheh.....p mandi sakan la kat sana sampai ke petang.....aku suka la sebab air tak sejuk macam air bukit tu....dapat la aku berendam lama sikit kannn.....

Anak manja aku tu,mmg pantang jumpa air....mandi terus....tak takut air lak tu...dalam sampai paras dada pun masuk lagi.....dia lak takut aku tenggelam sbb 'nanti ckin tak ada mama'....katanya,membuatkan aku n hubby gelak besar......hahahaaa.....

Trip kali ni best gak,hilang tension dan boring2 di kepala.....


Monday, September 5, 2011

Salam Syawal...

 Bergambar bersama keluarga dan keluarga mertua

 Dari kiri adik ke-4, sebelah kanan mama tersayang dan adik pertama



Dah lama tak mencoretkan sesuatu. Sibuk sangat dengan kerja. Almaklumla, tambah pula bulan lepas kan kita berpuasa. Sekarang ni baru ada mood nak menaip dan bercerita sikit. Hmmmmmm, sebelum puasa ari tu (6 ari sebelum puasa) adik aku yang dalam gambar tu (berbaju hijau) kemalangan. So, sibuk la aku mengatur dia dalam wad tu. Kalau perasan pipi dia sebelah kanan ada tanda lagi tak lega betul2. Trauma juga dia, 2 minggu terlantar di rumah tak leh bangun.

Masuk ja bulan puasa, aku sibuk dengan kesihatan diri sendiri. Iyalah kannnn, kandungan nak kena jaga. Bila ke klinik cek kandungan ja, tentu kena marah sbb tak cukup berat. Sampai kena pi klinik timbang berat ja selang satu ari, naik boring tgk nurse.....pastu kena lak aku demam,lagi la turun aku punya berat tu. Kena pi selang 2 minggu plak. Huhhhhh, susah....Aku pun makan tanpa henti tapi dalam masa bulan tu aku berpuasa.....cuma tertinggal 2 ari sbb demam ja.....alhamdulillah,aku dapat naikkan berat 1kg dalam masa 2 minggu.Dah tak kena marah.

Kuih untuk raya sempat buat biskut sampret,biskut arab dan kek coklat. Lain2 aku beli ja. Raya tahun ni balik umah mertua. So, tak meriah sgt ngan adik2....pagi2 tak la serabut berebut bilik air nak mandi....heheeee....tapi itu yang membuatkan beraya bersama adik2 seronok...macam2 karenah kannn....

Kat umah mertua semuanya berjalan seperti biasa. Cuma sibuk ngan sanak sedara dan orang kampung yang datang ke umah. Pagi raya mak mertua masak nasi tomato so sibuk kat dapur ja laaaa satu ari tu.....kira tahun ni pecah rekod, tak pernah lagi tak pakai baju raya pada hari raya....huhuuuuu.....raya kedua baru aku melaram.....gambar2 kat atas tu masa raya kedua, balik umah mama sbb ada umah terbuka.....

Seminggu cuti raya,ok gak la.....cuma aku tak pergi ke kubur abah di pagi raya....hanya doa yang aku kirimkamkan......

Sekarang dah masuk keja....memang dalam mood raya tapi aku ok ja....kerja macam biasa......

Monday, July 25, 2011

Oh Adik....

Dalam keghairahan aku menikmati masalah yang telah selesai, timbul pula masalah baru. Tahun ni tahun masalah kot. Macam2 dah aku lalui. Sampai kadang2 aku rasa penat menerima satu demi satu yang datang.

Kali ini masalah dalam rumah. Adik aku yang mengaji di Polimas tu, tiba2 saja keluar dari rumah sewanaya. Tanpa berbincang dulu dan tanpa pengetahuan aku. Bila dah duduk di rumah, nak ke Polimas pula jadi masalah. Ada orang pula nak kena hantar dan amik dia pergi dan balik Poly tiap2 ari. Hahhhh.....tak betul la macam tu....kalu dia balik umah dan selesaikan masalah dia sendiri tanpa libatkan orang lain tak per juga....ni dah jadi tanggungan orang lain pula.....

Memang la dia ada hak nak duduk umah atau tidak tapi pada aku dia perlu buat keputusan yang bijak. Aku pun terpaksa kuatkan hati untuk menegurnya. Sudah tentu dia kata aku kedekut keta dan tak boleh tolong dia waktu susah.....tuduhan sebegitu amat berat buat aku sbb aku sayangkan adik2 aku. Mana mungkin aku nak buat begitu tapi memikirkan kos yang terpaksa ditanggung, aku terpaksa. Keselamatan dia pergi dan balik pun perlu diambil kira.

Sekarang dia tak bertegur sapa dengan aku. Petang ni dia bertindak keluar dari umah, mungkin ke rumah sewa yang baru. Bukan ini yang aku mahu. Aku memang nak adik2 aku dekat dengan aku, tapi apa yang patut aku buat. Aku sebagai yang sulung, dan mama hanya mengharapkan aku untuk menegur setiap perlakuan adik2. Bila aku tegur, beginilah yang jadinya.

Entahlah, kadang2 ini yang membuatkan aku sedih......kalau ada abah tentu dia juga membuat perkara yang sama.....

Wednesday, July 20, 2011

Tukar Meja...!!!

18 Julai sudah berlalu....bermakna aku telah diturunkan pangkat kepada pegawai biasa....aku tak kisah tentang pangkat...yang penting gaji aku tetap sama macam dulu..hehehe...sedih juga la....jawatan baru ni insyaallah, aku boleh perform jugak...anak abahhh....kat mana pun aku leh idup.....cari rezeki halal, bukan salah.....mau dgn tak mau jaaa.....

Sekarang sibuk siapkan keja2 yang masih berbaki di tangan aku....kerja2 baru aku serahkan pada pengurus yang baru....meja aku pun dah siap kat tempatnya cuma tunggu aku nak pindahkan barang sahaja....aku mula dulu dari bawah,so bila dok bawah balik...no problem to me at all......

Tuesday, July 12, 2011

Dalam Duka Ada Nikmat...???!!!

Aku sejak kebelakangan ni sangat sibuk. Kerja kat atas meja tak pernah habis. Tapi aku buat dengan tenang,ada masa kalut aku kalut....hehe....macam2 masalah yang menimpa....urusan pejabat, urusan peminjam...sampai aku rasa teruk sangat kerja, nak berhenti saja...tapi aku berdoa supaya dikuatkan semangat aku....

Dulu aku mimpi 2 puting beliung yang besar dan hitam datang. Aku kena tapi aku tak musnah...lepas tu mmg ada 2 cubaan yang sangat menggugat aku...satu kes formal di pejabat satu lagi kes peminjam di Simpang Kuala....kedua2 nya berjaya aku harungi dan selesaikan....mmg susah hati tapi aku buat sekadar yang boleh...

Sekarang dah selesai kedua2nya....Simpang Kuala tu dah tenteram....cuma kes di pejabat tu la....aku dilucutkan jawatan tapi masih jadi pegawai di Alor Setar....aduhhh....kecewa juga dengan keputusan yang diorang beri tapi tu lahhh,org kata ada rahsia yang tersirat....tak rugi apa pun aku kalu turun pangkat.....sbb tu aku tak kisah juga....sbb aku tak salah....tapi diorang putuskan bahawa aku bersalah,so aku tak boleh buat apa...aku dah cuba untuk pertahankan diri tapi inilah hasilnya,dan aku terima dengan sepenuh hati.....cuma bos aku tak dapat terima hakikat dan cuba buat rayuan bagi pihak aku....entah berjaya entahkan tidak....sbb aku bukan jenis manusia yang buat kerja separuh jalan...

Baru2 ni aku mimpi dapat tangkap udang besar di laut bersama hubby....naik sampan yang hanya ada pendayung sahaja....entah apa maksudnya...mungkin semua yang aku lalui akan berakhir....atau mungkin aku akan dapat ganjaran yang besar selepas susah payah.....aku berserah saja pada Tuhan.....

Ari ni, kandungan aku dah masuk 3 bulan...aku nak p klinik p buka kad petang ni....harap2 semuanya berjalan lancar........

Sunday, July 3, 2011

Menanti Hukuman

Apalah nasib aku ni lagi....hmmm....sebelum cuti Israk Mikraj,aku dapat faks daripada ibu pejabat yang bertajuk "SESI PENJELASAN KEPADA JAWATANKUASA TINDAKAN TATATERTIB"....frust betul aku waktu itu...aku tekad nak abaikan saja surat tu...bos aku ajak pergi dengan dia tapi aku tak bagi kata putus...

Balik rumah,aku bagi tau hubby....bincang dengan dia macam mana nak buat...dia putuskan agar kami pergi buat penjelasan...semuanya berkaitan aduan sorang peminjam aku...tak der la aku buat nanya dia atau aku makan duit dia,aku cuma proseskan supaya dia dapat duit simpanan dia....tapi dia persoalkan tentang surat yang tidak ditandatanganinya....padahal duit itu tak kurang satu sen pun dan dia telah menerimanya....mungkin telah habis pun,namun hati manusia ni tak sama....luar jer nampak baik tapi hati kat dalam tu penuh dengan hasad.....

So,aku ke KL bertiga dengan hubby dan bos aku...memang teruk la aku ngan bos kena soal siasat.....tapi sampai akhir aku tak ngaku sbb aku tak buat nanya kat orang...sbb duit tu dia terima...so,tak der apa yang besar sangat silap aku ni kalau nak dibandingkan dengan orang yang makan duit peminjam.....aku jawab dengan penuh yakin,alhamdulillah.....

Ada juga sekarang ni aku rasa macam nak berhenti ja keja....dah penat la dengan karenah orang atas dan peminjam yang tak pernah bersyukur....tapi aku masih lagi kuatkan hati....cuma ada yang dah tak manis.....

Sekarang ni,aku tunggu jer la apa hukuman yang akan dikenakan....kena gantung ka,turun pangkat ka,tak dapat bonus ka,tak naik gaji ka....entah la....tunggu saja....yang pasti lepas ni, aku tahu apa yang patut aku buat....tak perlu lagi nak senangkan sesiapa.....sbb orang tak pandang budi yang kita buat....orang hanya nampak salah sahaja.....

Tuesday, June 21, 2011

Ujian Lagi....

Selang banyak hari aku tak menaip kat sini. Aku kurang sihat. Berbadan dua dan dengan masalah kesihatan yang menyerang. Demam dan sakit urat....letih2...hari2 macam tu. Sampai tak sempat dah nak ber'FB' atau main game. Berubat, cara kampung dan juga sains. Biar dua2 jalan seiringan. Alhamdulillah, aku beransur sihat kembali....

Monday, June 13, 2011

Ceria di Jun...

Hepi Besday to me....hepi besday to me....hepi besday to me.....hepi besday to me.....yeaaaaahhaaaa.....heheeehehe....hari ini genaplah umur aku 30 tahun. Aduh, macam tak percaya dah 30 tahun. Jiwa muda lagi ni....Rasa macam baru 20-an. Tak per,kalu pikir muda,insyaallah akan sentiasa muda.

Hadiah??.....hmmmm,tua2 mana dapat hadiah lagi.Tapi kali ini ada hadiah yang lebih besar. I'm pregnant!!!!.....anak kedua aku,baru kelmarin aku p check di klinik. Siap scan sekali bagi conferm betul2. Alhamdulillah,itulah hadiah yang betul2 mengembirakan aku. Ckin akan dapat adik tak lama lagi. Adalah peneman dia bermain nanti.

Sesi persekolahan baru saja bermula. Ckin macam biasa la,tak ada perubahan jugak. Still tak mau pergi sekolah.Puas aku pujuk....ubat pun dah buat tapi......hmmmmmm......tak tau laaa......nak buat apa lagi......

Masalah yang aku hadapi sebelum ni....masalah keja mahupun masalah diri sendiri telah selesai. Ada sikit2 lagi tapi tak la seberat yang telah lalu. Cuma ada satu lagi masalah. Adik2 aku. Pening aku memikirkannya. Masalah cinta diorang,masalah keja....hmmmm....tak tau la....kadang2 kalu tegur lebih2 pun diorang nak marah ja....

Tuesday, May 24, 2011

Dalam Hati Ada Luka.....

Kenapalah dunia ini,lebih banyak duka daripada yang suka....sekadar dugaan tapi kadang kala amat keterlaluan.

Tika ini aku amat merindui arwah abah.Aku amat merindui abah.Abah seorang pendorong semangat aku dalam pelbagai aspek.Dia selalu mengambil berat tentang semua yang aku buat.Dia selalu bagi sokongan dan pendapat,kata2 peransang dan pemberi jalan pada aku bila aku buntu.Kini bila aku ada masalah,aku kehilangan tempat rujukan.

Abah,anak abah ni sekarang tengah serabut kepala....tengah susah hati...tentang pelbagai perkara....tentang diri,keluarga....tentang kerja.....anak abah tak ada tempat untuk mengadu....anak abah ni tak ada orang untuk dibawa berbincang....anak abah ni takut terjatuh dari landasan yang betul.Anak abah takut jika keputusan yang dibuat itu salah.....

ya Allah,bantulah aku....berilah kekuatan...berilah semangan dan sifat kesabaran dalam diri aku....untuk aku terus menerajui hidup aku sehingga akhirnya....tidak kecundang di tengah jalan.....

Sunday, May 22, 2011

Cerita Minggu Ini....

Pertama sekali aku tertarik untuk menceritakan satu kisah....kisah ibu dan anak....anak yang ditatang ketika kecil,yang disayangi dan dipuja2.Al-kisahnya,bapa mereka telah pulang ke rahmatullah pada bulan puasa tahun 2010 yang lalu.Tinggallah si ibu ini tinggal dengan 2 orang anak (seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak).Ditakdirkan si ibu mendapat kencing manis dan kakinya terpaksa dipotong.

Maka si ibu ini amat menagih kasih sayang anak2nya,mengharapkan perhatian,bantuan dan belaian anak2nya itu.Mahu dimandikan,diberi makan dan segala-galanya perlukan bantuan.Dalam kesedihan kehilangan suami,dia diduga dengan penyakit dan anak2.

Apa yang sampai ke telinga aku,si ibu tidak mendapat layanan yang sepatutnya beliau terima daripada anak2.Sampai hati anaknya menengking,memukul dan yang paling teruk menendang ibu ini.Nauzubillah......dan kini aku baru sahaja mendapat tahu bahawa ibu ini telah pergi meninggalkan anak-anaknya untuk selamanya menyahut panggilan Ilahi.

Saturday, May 7, 2011

ISO kerja....

Kan ari tu ada citer tentang ISO....aku nak kena p KL sbb ada kursus plak. Adusss,boring laaaa.....nak pulak aku sorang ja dalam Kedah yang nak kena p,tak dak teman la....lain2 bos pejabat negeri....hmmmm.....kalu kursus kat Kedah ni ok lagi la.....kena p 3 ari lak....hmmmm.....ada keja lain tak yang tak payah p kursus....haiiiiii.....kadang2 rasa boring ja keja....rasa cam nak wat keja sendiri tp tak tau lg nak wat apa....

Thursday, May 5, 2011

Mei.....

Mei datang lagi. Aku kerja seperti biasa. Lagi bertambah kerja aku. Baru2 ni cawangan aku dipilih oleh HQ,ntuk mendapat sijil ISO. Aduhhh,dalam kesyukuran aku mengeluh kerana aku dapat rasakan bahang tekanannya.

Cerita tentang tekanan, aku rasa bosan. Kes aku dapat PTK Terbaik ari tu. HMmmm, memang la aku sendiri pun tak tau pasai pa aku dapat anugerah tu. Sebab ada PTK yg lebih baik daripada aku yang lebih layak. Ada la pulak PTK yang dok ngungkit kes tu, tak puas ati pasal aku dapat anugerah. HMMMmmmmmm, dengki dalam kerja. Dengki yang negatif, kan tak baik. Aku buat derkkkk ja la ngan karenah mereka. Aku anggap itu rezeki aku ja.......

Sekarang ni terpilih untuk dapat ISO plak....lagi la diorang tu berangin. Aku tak pernah minta sebarang penghargaan atau sanjungan dalam kerja aku. Cukuplah dengan gaji untuk kegunaan aku dan keluarga. Aku tak minta lebih dari itu.Tapi mungkin Allah merencanakan yang lebih baik,aku tak tahu....dan aku terima dengan sepenuh hati dengan rasa syukur.....


Wednesday, April 27, 2011

Satu Hari....

Hari ni seperti hari2 yang lain. Tapi entah kenapa aku rasa pelik. Rasa macam ada sesuatu yang akan datang. Pukul 8 pagi, di rumah....aku lihat adik aku kelam kabut bersiap untuk ke sekolah....haha,dah lewat katanya.....'cikgu p sekolah lambat ari ni'....

Aku pula,terlewat 5 minit ke pejabat. Masuk saja pintu pejabat, aku tengok ada bos ibu pejabat duduk tercongok di meja kaunter dengan muka yang tanpa senyuman. Adussss, terkena aku ari ni......apa lagi,aku bagi salam kat dia. Tanya dia apa program ari ni. Bukan apa, saja la nak bagi dia lega sikit.

Kat atas meja aku biasa la, dengan borang yang nak antar, nak key-in, borang belum daftar, slip bank, resit, laporan2....semua mesti aku buat. Kena pula dah minggu terakhir bulan April.....banyak laporan yang harus aku siapkan. sampai naik letih aku.

Tiba2....tiba2.....telefon aku berbunyi....hubby call....aku jawab seperti biasa...dia tanya 'dah amik anak kat sekolah blom???'....adussssss,sekali lagi aku melompat....aku lupa amik Ckin kat sekolah. Jam pada waktu itu dah pukul 1.30 petang bermakna aku dah lewat setengah jam....dalam fikiran, manja aku tu tentu dah menangis teresak2 kat sekolah. Sekolah yang dekat aku rasakan macam jauh sangat,lamaaaa sangat nak sampai...

Hahahahahaaaa,bila sampai kat sekolah anak aku dah tersengeh. Lega.....hmmmm....macam mana entah aku boleh lupa ari ni....tak pernah terjadi lagi selama 4 bulan ni....

Lagi pun,aku rasa serabut kepala dan jiwa ari ni..bukan ada masalah tapi perasaan tu datang tanpa diundang. Rasa macam nak ajak hubby pergi jauh dari kesibukan sekarang. Tapi kerja takkan abis sampai bila2. Lagi ditinggalkan bukan lagi kurang malah semakin bertambah.....nanti aku juga yang pening sendiri.

Ahad ni cuti ari pekerja,mungkin aku boleh cuti ari Isnin tu. Biar tenang sikit kepala ni....

Monday, April 25, 2011

Kerja...kerja dan kerja...

Tak pernah habis kerja atas meja di pejabat....bila dah aku selesaikan,datang lagi...sampai letih aku dibuatnya...heheee....tapi keja tu kadang2 membuatkan aku seronok.....

Sunday, April 24, 2011

Doaku..

Seringkali aku berasa letih dan tidak bermaya. Hingga terkadang aku lemah dan terbaring saja di atas katil. Namun aku kuatkan,kucuba gagahi bila mengenangkan aku punyai suami dan anak. Tidak aku ceritakan masalahku kepada sesiapa selain mengatakan aku 'letih'....mungkin penat bekerja.

Sehingga pada satu hari, suamiku mencadangkan aku berubat dengan seorang ustaz. Muda lagi ustaz ni....kawan sekampung hubby. Bila sesi perubatan berjalan, barulah aku tahu bahawa aku 'diganggu' sesuatu. Aku menangis......setiap kali itu aku dapat semangat baru....tapi seringkali 'ia' datang lagi....dan berubat lagi....

Entahlah,kadang2 aku rasa serabut di kepala....rasa nak marah saja....bad mood memanjang....mungkin itu angkara 'dia'.....dan aku hanya mampu berdoa.....semoga Allah jauhkan semua gangguan daripada aku dan keluarga...amin...

Wednesday, April 20, 2011

Saya budak baru belajar..

Malam ni free...masak dan makan,mama beli ayam dan daging.....buat gulai daging,ayam tu goreng istimewa...nasi kuning.....macam nasi ayam gak lerrrrr.....hubby lak call kata tak balik malam ni....so,aku makan sendiri jer laaa ngan anak manja tu....

Dah selesai semua keja,apa lagi....tgk blog la...ubah2 apa yang patut.....masih tercari2 apa yang menarik untuk dimuatkan dalam blog....ubah template,tapi macam ada yang tak kena lak.....cuba2 jer laaaa.....

Ckin pula main sakan malam nieee....panjat sana panjat sini....asyik minta air jer.....penat main la tu.....aku ingat nak tido awal ja malam ni.....nak makan ubat batuk dulu kalu tidak tentu tak leh nak lena sbb asyik nak batuk jer......kawan2 kat opis smua tegur pasal batuk aku ni....teruk katanya.....sampai suara pun dah transform jadi transformer....hehehheheeee......

Tuesday, April 19, 2011

Mendung yang berlalu...

Suara.....ke mana perginya suara aku ni....dah 3 ari aku tanpa suara,bila banyak bercakap pedih pula kerengkong ni.....aduhhhh,pergi pejabat pun asyik bercakap ngan org ramai....dengan batuk lagi.....mengganggu....

cerita masalah aku minggu lepas dah selesai aku agak....dah tak ada aduan yang harus aku beri penjelasan....baru lega rasa hati ini....jalani hidup seperti biasa....

Thursday, April 14, 2011

Lagi2 Dugaan....

Ada kawan yang bagi kata2 nasihat dan kata2 semangat untuk aku bahawasanya jika kita berjaya melepasi setiap dugaan itu,kita akan jadi lebih hebat.....lebih hebat tu bukan bermaksud kedudukan kita.....boleh jadi juga tetapi lebih tepat,lebih hebat itu merujuk kepada kekuatan diri,ketahanan emosi,jiwa dan mental kita....betullah,bila kita dilanda masalah,sudah tentu 3 elemen tu memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kita dapat menghadapinya.....kalau semua tak kuat,kita tentu akan gagal dan menyerah kalah....

Berpegang kepada kata2 itu,aku cuba kuatkan diri...satu aduan dibuat kepada ibu pejabat kerana aku menolong seorang usahawan mengeluarkan simpanan.....hal kecil yang boleh diselesaikan secara bersemuka diperbesarkan ke ibu pejabat....aku susah hati sampai beberapa hari tidak ada selera makan nasi.....

Aku seringkali teringat kata2 itu dan aku berpesan kepada diri aku agar jangan cepat melatah....tangani setiap masalah dengan cermat.....aku mohon supaya Allah menolong aku yang tidak pernah terlintas untuk menganiaya sesiapa pun....tidak sekali.....dan aku sangat yakin,aku akan menang kes ini........

Tuesday, April 12, 2011

Bangganyerrrrrr....

Masalah yang dialami oleh manja aku Ckin dah beransur hilang. Apa lagi,masalah untuk ke sekolah la. Aku pun susah hati pasal dia menunjukkan pestasi yang kurang memberangsangkan untuk ke sekolah. Hari2 kejutkan dia mesti nak kena marah2 dulu,pujuk2 tak main,tak makan pujuk.

Alhamdulillah sekarang ni sejak masuk bulan April,aku dah tak pening cam dulu. Memang la pagi2 tu dia nangis tapi smpai sekolah dah ok. Pastu dalam kelas dah mau kawan ngan bebudak lain dan mau belajar. Aku tak kisah bab lain tapi yang aku ambil berat sangat kalu dia tak mau ngaji Qiraati. Nanti susah la nak baca Al-Quran.

Aku fikir macam mana nak selesaikan masalah tu. Mujurlah ustazah dia bagi buku Qiraati tu bawa balik  umah,so aku ngajar dia sendiri. Malam2 ja aku panggil dia baca. Sekarang dia dah tak macam dulu. Ada improvement. Bangganya ngan anak mama sorang ni........

Saturday, April 9, 2011

BuKaN eRTi HiDuP!!!

Tekanan,tertekan.....rasa sesak di dada...masalah demi masalah datang. Aku hanya perlu kuatkan hati ini untuk menghadapi semua yang berlaku. Kadang2 setiap masalah itu membuatkan aku cukup tertekan dan akhirnya hilang rasa sabar. Aku asyik nak marah. Selalu jadi mangsa, anak aku la. Pantang salah sikit, lepas 2-3 kali aku bagi amaran....tentunya kena marah ngan aku. Entahlaaa....malam ni aku tibai dia....org Kedah kata sampai baloq la badan dia (satu di badan,2 di kaki). Aku nangis tgk bekas2 rotan tu. Aku hukum dia duduk dalam bilik, tak boleh keluar. Sampaikan dia terlena.....

Aku sendiri tak tahu kenapa skrg ni aku lebih cepat hilang sabar. Mungkin tekanan kerja dan mungkin juga kewangan. Saat ini aku teringatkan abah...kalu abah ada, tentu dia akan nasihatkan aku. Macam dulu2. Kalu aku ada masalah dalam keja, setiap petang aku akan duduk mium ngan abah....bercerita tentang masalah di tempat keja. ia selalu bagi pendapat buat aku....dia selalu bagi nasihat padaku...kini tiada lagi.....mungkin ini satu faktor bagiku...


Tuesday, February 1, 2011

Lepas Bercuti Panjang...

Heheheeee.....aku letih la dalam minggu ni...keja betul....kampoi balik keja 2 minggu yang terbengkalai....macam2 la kat pejabat kena buat.....smpai tiap2 ari aku letih tak larat.....aduhhh,rasa tak bermaya betul.....

Ckin lak,makin liat nak p sekolah...maklumla dalam 2 minggu ni dia main2 ja ke sekolah....naik lemak la....sampai aku dah tak larat nak 'berperang' ngan dia tiap2 pagi....degil juga sayang mama ni......

Saturday, January 29, 2011

Dominasi Churp Churp!!!!....cubalahhhh

http://www.churpchurp.com/httpvidasakurablogspotcom/share/churpchurp-invite

Promosi Hotlink Sempena Tahun Baru Cina...

http://www.churpchurp.com/httpvidasakurablogspotcom/share/hotlink-hotticketscny

2 Minggu Yang 'SiBuK'....

Sibuk betul kerrrr....eheee.......cerita 2 minggu yang lepas....18/01 hingga 20/01 yang lalu,aku bersama skuad Tekun ke Hotel Summit,USJ Subang Jaya....ada kursus @ persidangan pengurus di sana....pengisiannya lebih kepada arahan2 baru daripada pihak atasan untuk operasi sepanjang 2011 ini.....apa yang mengejutkan aku,pada malam kedua persidangan kami menghadiri majlis mkn malam dan perasmian oleh Menteri Pertanian; Dato Noh Omar...pada malam tersebut,aku mendapat anugerah.......hmmmmmmm.....



Inilah anugerah yang aku dapat....memang tidak disangka2....mmg suprise habis malam tu....Dato Noh bagi disaksikan oleh CEO Tekun dan ribuan hadirin yang hadir....kawan2 dari Kedah ada yang naik pentas juga bagi kategori yang berlainan....

Hubby ucap tahniah kerana aku dapat hadiah tersebut dan di atas pencapaian yang telah diiktiraf.....sekali lalu aku teringat pada arwah abah.....pastinya dia gembira bila aku tunjukkan hadiah tersebut....selain mama,abah adalah seorang yg banyak memberi perangsang untuk memastikan kejayaan anak2nya....kalau dia ada lagi,pasti dia juga akan menangis seperti mama......semangat seperti abah ini akan aku terapkan dalam diri aku untuk mendidik anak2 aku kelak.....bagi memastikan mereka juga berjaya dan lebih sukses daripada aku.....

Dalam keseronokan aku menerima hadiah tersebut,aku diselimuti kebimbangan....kerana sepanjang persidangan berlangsung,hubby sering memberitahu bahawa anak aku demam...dan pada malam tersebut,demamnya melampau dan dia tidak mahu makan ubat serta muntah2.......terbantut keseronokkan untuk memberitahu hubby tentang anugerah yang baru aku terima..............................mungkin anak mama demam rinduuuuuuu........




Selesai persidangan itu,aku balik berehat di rumah. Aku mengalami sakit perut di sebelah kanan selama 2 hari. Masuk hari yang ke-3,aku ajak hubby pergi check di PMC dan doktor menyarankan supaya aku dimasukkan ke wad kerana kebetulan bacaan tekanan darah aku rendah....doktor menasihatkan aku supaya banyak berehat dan makan ubat serta dapat menganalisis sakit perut yang aku alami....

Duduk di wad,tambah air 7 botol selama 4 hari...kena cucuk ubat tahan sakit setiap kali rasa senak tu datang...hubby menjaga aku pada malam hari,siangnya dia pulang ke kampung untuk menguruskan lori dan padi di kampung....agak sibuk sikit kerana musim menuai sudah tiba....

Kawan2 semua hairan kenapa tiba2 saja aku masuk ke wad....semua call tanya keadaan aku....terima kasih atas keperihatinan kalian....sekarang ni kena buat rawatan susulan di hospital yang sama sbb doktor suspek aku 'thalasemia traits'......hmmmmm





Tuesday, January 11, 2011

Tahun Baru 2011

SELAMAT DATANG TAHUN 2011....sememangnya aku tidak sabar menantikan tahun baru ni......rasa mcm byk perkara yg akan aku dapat @ pun buat pada tahun ini....

Malam tahun baru,aku ngan hubby bersama Ckin dan 2 org adik aku pergi ke Penang....konon2 nak jalan2 kat Batu Feringgi beli barang kat sana.....tp bila sampai sana,tu dia,barang semua mahal.....beg yg patut harga RM20 - RM40 berharga RM60 ke atas....baik aku beli kat Alor Setar ja....last2,tak beli apa2....tepat pukul 12 tgh malam,kami dah kat Butterworth....tgk bunga api dari sana saja sbb kalu masih di pulau tu rasanya lewat nak sampai rumah....orang terlalu ramai.....

Masuk tahun baru juga bermakna anak manja aku ngan hubby,Aulia Asyikin akan mula masuk tadika.....aku cadang supaya Ckin masuk ke PASTI.....bukan apa,biar dia pandai mengaji Quran....lepas dah pandai,dah kenal huruf baru la nak tumpu sepenuhnya kepada akademik.....itulah perancangan kami.....

Minggu pertama kat sekolah mmg la,berderai air mata panggil mama dan ayah....tak sampai hati aku jadinya....tp ayah dia kata tak apa,aku pun biarkan saja....kini dah masuk minggu kedua,dah ok....dah tak nangis,bekal yang aku letak dalam beg pun habis...nenen pun dia bawa...heheee....itu yang kami gelak tu.....balik umah kul 1 tgh,tentulah dia dahaga....aku buat air Ribeena dan nenen.....ari2 ayah dia pi hantar di tadika.....balik pula aku yang ambil....so,tiap2 ari sebelum smpai umah aku bawa dia ke kedai....kena amik ati sikit,pujuk supaya esok pi sekolah lagi...hehehee....sayang anak mama!!!!!!