Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Saturday, January 29, 2011

2 Minggu Yang 'SiBuK'....

Sibuk betul kerrrr....eheee.......cerita 2 minggu yang lepas....18/01 hingga 20/01 yang lalu,aku bersama skuad Tekun ke Hotel Summit,USJ Subang Jaya....ada kursus @ persidangan pengurus di sana....pengisiannya lebih kepada arahan2 baru daripada pihak atasan untuk operasi sepanjang 2011 ini.....apa yang mengejutkan aku,pada malam kedua persidangan kami menghadiri majlis mkn malam dan perasmian oleh Menteri Pertanian; Dato Noh Omar...pada malam tersebut,aku mendapat anugerah.......hmmmmmmm.....



Inilah anugerah yang aku dapat....memang tidak disangka2....mmg suprise habis malam tu....Dato Noh bagi disaksikan oleh CEO Tekun dan ribuan hadirin yang hadir....kawan2 dari Kedah ada yang naik pentas juga bagi kategori yang berlainan....

Hubby ucap tahniah kerana aku dapat hadiah tersebut dan di atas pencapaian yang telah diiktiraf.....sekali lalu aku teringat pada arwah abah.....pastinya dia gembira bila aku tunjukkan hadiah tersebut....selain mama,abah adalah seorang yg banyak memberi perangsang untuk memastikan kejayaan anak2nya....kalau dia ada lagi,pasti dia juga akan menangis seperti mama......semangat seperti abah ini akan aku terapkan dalam diri aku untuk mendidik anak2 aku kelak.....bagi memastikan mereka juga berjaya dan lebih sukses daripada aku.....

Dalam keseronokan aku menerima hadiah tersebut,aku diselimuti kebimbangan....kerana sepanjang persidangan berlangsung,hubby sering memberitahu bahawa anak aku demam...dan pada malam tersebut,demamnya melampau dan dia tidak mahu makan ubat serta muntah2.......terbantut keseronokkan untuk memberitahu hubby tentang anugerah yang baru aku terima..............................mungkin anak mama demam rinduuuuuuu........




Selesai persidangan itu,aku balik berehat di rumah. Aku mengalami sakit perut di sebelah kanan selama 2 hari. Masuk hari yang ke-3,aku ajak hubby pergi check di PMC dan doktor menyarankan supaya aku dimasukkan ke wad kerana kebetulan bacaan tekanan darah aku rendah....doktor menasihatkan aku supaya banyak berehat dan makan ubat serta dapat menganalisis sakit perut yang aku alami....

Duduk di wad,tambah air 7 botol selama 4 hari...kena cucuk ubat tahan sakit setiap kali rasa senak tu datang...hubby menjaga aku pada malam hari,siangnya dia pulang ke kampung untuk menguruskan lori dan padi di kampung....agak sibuk sikit kerana musim menuai sudah tiba....

Kawan2 semua hairan kenapa tiba2 saja aku masuk ke wad....semua call tanya keadaan aku....terima kasih atas keperihatinan kalian....sekarang ni kena buat rawatan susulan di hospital yang sama sbb doktor suspek aku 'thalasemia traits'......hmmmmm





No comments:

Post a Comment