Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Tuesday, April 12, 2011

Bangganyerrrrrr....

Masalah yang dialami oleh manja aku Ckin dah beransur hilang. Apa lagi,masalah untuk ke sekolah la. Aku pun susah hati pasal dia menunjukkan pestasi yang kurang memberangsangkan untuk ke sekolah. Hari2 kejutkan dia mesti nak kena marah2 dulu,pujuk2 tak main,tak makan pujuk.

Alhamdulillah sekarang ni sejak masuk bulan April,aku dah tak pening cam dulu. Memang la pagi2 tu dia nangis tapi smpai sekolah dah ok. Pastu dalam kelas dah mau kawan ngan bebudak lain dan mau belajar. Aku tak kisah bab lain tapi yang aku ambil berat sangat kalu dia tak mau ngaji Qiraati. Nanti susah la nak baca Al-Quran.

Aku fikir macam mana nak selesaikan masalah tu. Mujurlah ustazah dia bagi buku Qiraati tu bawa balik  umah,so aku ngajar dia sendiri. Malam2 ja aku panggil dia baca. Sekarang dia dah tak macam dulu. Ada improvement. Bangganya ngan anak mama sorang ni........

No comments:

Post a Comment