Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Thursday, April 14, 2011

Lagi2 Dugaan....

Ada kawan yang bagi kata2 nasihat dan kata2 semangat untuk aku bahawasanya jika kita berjaya melepasi setiap dugaan itu,kita akan jadi lebih hebat.....lebih hebat tu bukan bermaksud kedudukan kita.....boleh jadi juga tetapi lebih tepat,lebih hebat itu merujuk kepada kekuatan diri,ketahanan emosi,jiwa dan mental kita....betullah,bila kita dilanda masalah,sudah tentu 3 elemen tu memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kita dapat menghadapinya.....kalau semua tak kuat,kita tentu akan gagal dan menyerah kalah....

Berpegang kepada kata2 itu,aku cuba kuatkan diri...satu aduan dibuat kepada ibu pejabat kerana aku menolong seorang usahawan mengeluarkan simpanan.....hal kecil yang boleh diselesaikan secara bersemuka diperbesarkan ke ibu pejabat....aku susah hati sampai beberapa hari tidak ada selera makan nasi.....

Aku seringkali teringat kata2 itu dan aku berpesan kepada diri aku agar jangan cepat melatah....tangani setiap masalah dengan cermat.....aku mohon supaya Allah menolong aku yang tidak pernah terlintas untuk menganiaya sesiapa pun....tidak sekali.....dan aku sangat yakin,aku akan menang kes ini........

No comments:

Post a Comment