Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Wednesday, April 27, 2011

Satu Hari....

Hari ni seperti hari2 yang lain. Tapi entah kenapa aku rasa pelik. Rasa macam ada sesuatu yang akan datang. Pukul 8 pagi, di rumah....aku lihat adik aku kelam kabut bersiap untuk ke sekolah....haha,dah lewat katanya.....'cikgu p sekolah lambat ari ni'....

Aku pula,terlewat 5 minit ke pejabat. Masuk saja pintu pejabat, aku tengok ada bos ibu pejabat duduk tercongok di meja kaunter dengan muka yang tanpa senyuman. Adussss, terkena aku ari ni......apa lagi,aku bagi salam kat dia. Tanya dia apa program ari ni. Bukan apa, saja la nak bagi dia lega sikit.

Kat atas meja aku biasa la, dengan borang yang nak antar, nak key-in, borang belum daftar, slip bank, resit, laporan2....semua mesti aku buat. Kena pula dah minggu terakhir bulan April.....banyak laporan yang harus aku siapkan. sampai naik letih aku.

Tiba2....tiba2.....telefon aku berbunyi....hubby call....aku jawab seperti biasa...dia tanya 'dah amik anak kat sekolah blom???'....adussssss,sekali lagi aku melompat....aku lupa amik Ckin kat sekolah. Jam pada waktu itu dah pukul 1.30 petang bermakna aku dah lewat setengah jam....dalam fikiran, manja aku tu tentu dah menangis teresak2 kat sekolah. Sekolah yang dekat aku rasakan macam jauh sangat,lamaaaa sangat nak sampai...

Hahahahahaaaa,bila sampai kat sekolah anak aku dah tersengeh. Lega.....hmmmm....macam mana entah aku boleh lupa ari ni....tak pernah terjadi lagi selama 4 bulan ni....

Lagi pun,aku rasa serabut kepala dan jiwa ari ni..bukan ada masalah tapi perasaan tu datang tanpa diundang. Rasa macam nak ajak hubby pergi jauh dari kesibukan sekarang. Tapi kerja takkan abis sampai bila2. Lagi ditinggalkan bukan lagi kurang malah semakin bertambah.....nanti aku juga yang pening sendiri.

Ahad ni cuti ari pekerja,mungkin aku boleh cuti ari Isnin tu. Biar tenang sikit kepala ni....

No comments:

Post a Comment