Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Tuesday, May 24, 2011

Dalam Hati Ada Luka.....

Kenapalah dunia ini,lebih banyak duka daripada yang suka....sekadar dugaan tapi kadang kala amat keterlaluan.

Tika ini aku amat merindui arwah abah.Aku amat merindui abah.Abah seorang pendorong semangat aku dalam pelbagai aspek.Dia selalu mengambil berat tentang semua yang aku buat.Dia selalu bagi sokongan dan pendapat,kata2 peransang dan pemberi jalan pada aku bila aku buntu.Kini bila aku ada masalah,aku kehilangan tempat rujukan.

Abah,anak abah ni sekarang tengah serabut kepala....tengah susah hati...tentang pelbagai perkara....tentang diri,keluarga....tentang kerja.....anak abah tak ada tempat untuk mengadu....anak abah ni tak ada orang untuk dibawa berbincang....anak abah ni takut terjatuh dari landasan yang betul.Anak abah takut jika keputusan yang dibuat itu salah.....

ya Allah,bantulah aku....berilah kekuatan...berilah semangan dan sifat kesabaran dalam diri aku....untuk aku terus menerajui hidup aku sehingga akhirnya....tidak kecundang di tengah jalan.....

Sunday, May 22, 2011

Cerita Minggu Ini....

Pertama sekali aku tertarik untuk menceritakan satu kisah....kisah ibu dan anak....anak yang ditatang ketika kecil,yang disayangi dan dipuja2.Al-kisahnya,bapa mereka telah pulang ke rahmatullah pada bulan puasa tahun 2010 yang lalu.Tinggallah si ibu ini tinggal dengan 2 orang anak (seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak).Ditakdirkan si ibu mendapat kencing manis dan kakinya terpaksa dipotong.

Maka si ibu ini amat menagih kasih sayang anak2nya,mengharapkan perhatian,bantuan dan belaian anak2nya itu.Mahu dimandikan,diberi makan dan segala-galanya perlukan bantuan.Dalam kesedihan kehilangan suami,dia diduga dengan penyakit dan anak2.

Apa yang sampai ke telinga aku,si ibu tidak mendapat layanan yang sepatutnya beliau terima daripada anak2.Sampai hati anaknya menengking,memukul dan yang paling teruk menendang ibu ini.Nauzubillah......dan kini aku baru sahaja mendapat tahu bahawa ibu ini telah pergi meninggalkan anak-anaknya untuk selamanya menyahut panggilan Ilahi.

Saturday, May 7, 2011

ISO kerja....

Kan ari tu ada citer tentang ISO....aku nak kena p KL sbb ada kursus plak. Adusss,boring laaaa.....nak pulak aku sorang ja dalam Kedah yang nak kena p,tak dak teman la....lain2 bos pejabat negeri....hmmmm.....kalu kursus kat Kedah ni ok lagi la.....kena p 3 ari lak....hmmmm.....ada keja lain tak yang tak payah p kursus....haiiiiii.....kadang2 rasa boring ja keja....rasa cam nak wat keja sendiri tp tak tau lg nak wat apa....

Thursday, May 5, 2011

Mei.....

Mei datang lagi. Aku kerja seperti biasa. Lagi bertambah kerja aku. Baru2 ni cawangan aku dipilih oleh HQ,ntuk mendapat sijil ISO. Aduhhh,dalam kesyukuran aku mengeluh kerana aku dapat rasakan bahang tekanannya.

Cerita tentang tekanan, aku rasa bosan. Kes aku dapat PTK Terbaik ari tu. HMmmm, memang la aku sendiri pun tak tau pasai pa aku dapat anugerah tu. Sebab ada PTK yg lebih baik daripada aku yang lebih layak. Ada la pulak PTK yang dok ngungkit kes tu, tak puas ati pasal aku dapat anugerah. HMMMmmmmmm, dengki dalam kerja. Dengki yang negatif, kan tak baik. Aku buat derkkkk ja la ngan karenah mereka. Aku anggap itu rezeki aku ja.......

Sekarang ni terpilih untuk dapat ISO plak....lagi la diorang tu berangin. Aku tak pernah minta sebarang penghargaan atau sanjungan dalam kerja aku. Cukuplah dengan gaji untuk kegunaan aku dan keluarga. Aku tak minta lebih dari itu.Tapi mungkin Allah merencanakan yang lebih baik,aku tak tahu....dan aku terima dengan sepenuh hati dengan rasa syukur.....