Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Thursday, May 5, 2011

Mei.....

Mei datang lagi. Aku kerja seperti biasa. Lagi bertambah kerja aku. Baru2 ni cawangan aku dipilih oleh HQ,ntuk mendapat sijil ISO. Aduhhh,dalam kesyukuran aku mengeluh kerana aku dapat rasakan bahang tekanannya.

Cerita tentang tekanan, aku rasa bosan. Kes aku dapat PTK Terbaik ari tu. HMmmm, memang la aku sendiri pun tak tau pasai pa aku dapat anugerah tu. Sebab ada PTK yg lebih baik daripada aku yang lebih layak. Ada la pulak PTK yang dok ngungkit kes tu, tak puas ati pasal aku dapat anugerah. HMMMmmmmmm, dengki dalam kerja. Dengki yang negatif, kan tak baik. Aku buat derkkkk ja la ngan karenah mereka. Aku anggap itu rezeki aku ja.......

Sekarang ni terpilih untuk dapat ISO plak....lagi la diorang tu berangin. Aku tak pernah minta sebarang penghargaan atau sanjungan dalam kerja aku. Cukuplah dengan gaji untuk kegunaan aku dan keluarga. Aku tak minta lebih dari itu.Tapi mungkin Allah merencanakan yang lebih baik,aku tak tahu....dan aku terima dengan sepenuh hati dengan rasa syukur.....


No comments:

Post a Comment