Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Monday, July 25, 2011

Oh Adik....

Dalam keghairahan aku menikmati masalah yang telah selesai, timbul pula masalah baru. Tahun ni tahun masalah kot. Macam2 dah aku lalui. Sampai kadang2 aku rasa penat menerima satu demi satu yang datang.

Kali ini masalah dalam rumah. Adik aku yang mengaji di Polimas tu, tiba2 saja keluar dari rumah sewanaya. Tanpa berbincang dulu dan tanpa pengetahuan aku. Bila dah duduk di rumah, nak ke Polimas pula jadi masalah. Ada orang pula nak kena hantar dan amik dia pergi dan balik Poly tiap2 ari. Hahhhh.....tak betul la macam tu....kalu dia balik umah dan selesaikan masalah dia sendiri tanpa libatkan orang lain tak per juga....ni dah jadi tanggungan orang lain pula.....

Memang la dia ada hak nak duduk umah atau tidak tapi pada aku dia perlu buat keputusan yang bijak. Aku pun terpaksa kuatkan hati untuk menegurnya. Sudah tentu dia kata aku kedekut keta dan tak boleh tolong dia waktu susah.....tuduhan sebegitu amat berat buat aku sbb aku sayangkan adik2 aku. Mana mungkin aku nak buat begitu tapi memikirkan kos yang terpaksa ditanggung, aku terpaksa. Keselamatan dia pergi dan balik pun perlu diambil kira.

Sekarang dia tak bertegur sapa dengan aku. Petang ni dia bertindak keluar dari umah, mungkin ke rumah sewa yang baru. Bukan ini yang aku mahu. Aku memang nak adik2 aku dekat dengan aku, tapi apa yang patut aku buat. Aku sebagai yang sulung, dan mama hanya mengharapkan aku untuk menegur setiap perlakuan adik2. Bila aku tegur, beginilah yang jadinya.

Entahlah, kadang2 ini yang membuatkan aku sedih......kalau ada abah tentu dia juga membuat perkara yang sama.....

Wednesday, July 20, 2011

Tukar Meja...!!!

18 Julai sudah berlalu....bermakna aku telah diturunkan pangkat kepada pegawai biasa....aku tak kisah tentang pangkat...yang penting gaji aku tetap sama macam dulu..hehehe...sedih juga la....jawatan baru ni insyaallah, aku boleh perform jugak...anak abahhh....kat mana pun aku leh idup.....cari rezeki halal, bukan salah.....mau dgn tak mau jaaa.....

Sekarang sibuk siapkan keja2 yang masih berbaki di tangan aku....kerja2 baru aku serahkan pada pengurus yang baru....meja aku pun dah siap kat tempatnya cuma tunggu aku nak pindahkan barang sahaja....aku mula dulu dari bawah,so bila dok bawah balik...no problem to me at all......

Tuesday, July 12, 2011

Dalam Duka Ada Nikmat...???!!!

Aku sejak kebelakangan ni sangat sibuk. Kerja kat atas meja tak pernah habis. Tapi aku buat dengan tenang,ada masa kalut aku kalut....hehe....macam2 masalah yang menimpa....urusan pejabat, urusan peminjam...sampai aku rasa teruk sangat kerja, nak berhenti saja...tapi aku berdoa supaya dikuatkan semangat aku....

Dulu aku mimpi 2 puting beliung yang besar dan hitam datang. Aku kena tapi aku tak musnah...lepas tu mmg ada 2 cubaan yang sangat menggugat aku...satu kes formal di pejabat satu lagi kes peminjam di Simpang Kuala....kedua2 nya berjaya aku harungi dan selesaikan....mmg susah hati tapi aku buat sekadar yang boleh...

Sekarang dah selesai kedua2nya....Simpang Kuala tu dah tenteram....cuma kes di pejabat tu la....aku dilucutkan jawatan tapi masih jadi pegawai di Alor Setar....aduhhh....kecewa juga dengan keputusan yang diorang beri tapi tu lahhh,org kata ada rahsia yang tersirat....tak rugi apa pun aku kalu turun pangkat.....sbb tu aku tak kisah juga....sbb aku tak salah....tapi diorang putuskan bahawa aku bersalah,so aku tak boleh buat apa...aku dah cuba untuk pertahankan diri tapi inilah hasilnya,dan aku terima dengan sepenuh hati.....cuma bos aku tak dapat terima hakikat dan cuba buat rayuan bagi pihak aku....entah berjaya entahkan tidak....sbb aku bukan jenis manusia yang buat kerja separuh jalan...

Baru2 ni aku mimpi dapat tangkap udang besar di laut bersama hubby....naik sampan yang hanya ada pendayung sahaja....entah apa maksudnya...mungkin semua yang aku lalui akan berakhir....atau mungkin aku akan dapat ganjaran yang besar selepas susah payah.....aku berserah saja pada Tuhan.....

Ari ni, kandungan aku dah masuk 3 bulan...aku nak p klinik p buka kad petang ni....harap2 semuanya berjalan lancar........

Sunday, July 3, 2011

Menanti Hukuman

Apalah nasib aku ni lagi....hmmm....sebelum cuti Israk Mikraj,aku dapat faks daripada ibu pejabat yang bertajuk "SESI PENJELASAN KEPADA JAWATANKUASA TINDAKAN TATATERTIB"....frust betul aku waktu itu...aku tekad nak abaikan saja surat tu...bos aku ajak pergi dengan dia tapi aku tak bagi kata putus...

Balik rumah,aku bagi tau hubby....bincang dengan dia macam mana nak buat...dia putuskan agar kami pergi buat penjelasan...semuanya berkaitan aduan sorang peminjam aku...tak der la aku buat nanya dia atau aku makan duit dia,aku cuma proseskan supaya dia dapat duit simpanan dia....tapi dia persoalkan tentang surat yang tidak ditandatanganinya....padahal duit itu tak kurang satu sen pun dan dia telah menerimanya....mungkin telah habis pun,namun hati manusia ni tak sama....luar jer nampak baik tapi hati kat dalam tu penuh dengan hasad.....

So,aku ke KL bertiga dengan hubby dan bos aku...memang teruk la aku ngan bos kena soal siasat.....tapi sampai akhir aku tak ngaku sbb aku tak buat nanya kat orang...sbb duit tu dia terima...so,tak der apa yang besar sangat silap aku ni kalau nak dibandingkan dengan orang yang makan duit peminjam.....aku jawab dengan penuh yakin,alhamdulillah.....

Ada juga sekarang ni aku rasa macam nak berhenti ja keja....dah penat la dengan karenah orang atas dan peminjam yang tak pernah bersyukur....tapi aku masih lagi kuatkan hati....cuma ada yang dah tak manis.....

Sekarang ni,aku tunggu jer la apa hukuman yang akan dikenakan....kena gantung ka,turun pangkat ka,tak dapat bonus ka,tak naik gaji ka....entah la....tunggu saja....yang pasti lepas ni, aku tahu apa yang patut aku buat....tak perlu lagi nak senangkan sesiapa.....sbb orang tak pandang budi yang kita buat....orang hanya nampak salah sahaja.....