Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Tuesday, July 12, 2011

Dalam Duka Ada Nikmat...???!!!

Aku sejak kebelakangan ni sangat sibuk. Kerja kat atas meja tak pernah habis. Tapi aku buat dengan tenang,ada masa kalut aku kalut....hehe....macam2 masalah yang menimpa....urusan pejabat, urusan peminjam...sampai aku rasa teruk sangat kerja, nak berhenti saja...tapi aku berdoa supaya dikuatkan semangat aku....

Dulu aku mimpi 2 puting beliung yang besar dan hitam datang. Aku kena tapi aku tak musnah...lepas tu mmg ada 2 cubaan yang sangat menggugat aku...satu kes formal di pejabat satu lagi kes peminjam di Simpang Kuala....kedua2 nya berjaya aku harungi dan selesaikan....mmg susah hati tapi aku buat sekadar yang boleh...

Sekarang dah selesai kedua2nya....Simpang Kuala tu dah tenteram....cuma kes di pejabat tu la....aku dilucutkan jawatan tapi masih jadi pegawai di Alor Setar....aduhhh....kecewa juga dengan keputusan yang diorang beri tapi tu lahhh,org kata ada rahsia yang tersirat....tak rugi apa pun aku kalu turun pangkat.....sbb tu aku tak kisah juga....sbb aku tak salah....tapi diorang putuskan bahawa aku bersalah,so aku tak boleh buat apa...aku dah cuba untuk pertahankan diri tapi inilah hasilnya,dan aku terima dengan sepenuh hati.....cuma bos aku tak dapat terima hakikat dan cuba buat rayuan bagi pihak aku....entah berjaya entahkan tidak....sbb aku bukan jenis manusia yang buat kerja separuh jalan...

Baru2 ni aku mimpi dapat tangkap udang besar di laut bersama hubby....naik sampan yang hanya ada pendayung sahaja....entah apa maksudnya...mungkin semua yang aku lalui akan berakhir....atau mungkin aku akan dapat ganjaran yang besar selepas susah payah.....aku berserah saja pada Tuhan.....

Ari ni, kandungan aku dah masuk 3 bulan...aku nak p klinik p buka kad petang ni....harap2 semuanya berjalan lancar........

No comments:

Post a Comment