Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Sunday, October 30, 2011

Nikmat yang Tidak Disyukuri.....

Pagi2 mai pejabat dengan perasaan yang bercampur baur. Marah + geram +terkilan + kecewa + sedih dan macam2 lagi....semua bercampur baur dalam dada....

Kadang2 manusia ni tidak tahu mensyukuri nikmat yang Allah beri. Semua yang dihajati dapat tanpa perlu bersusah payah.SEbut sahaja, semua berada depan mata. Tidak pernah kenal perit jerih orang lain untuk menunaikan setiap hajatnya. 

Kita hidup di dunia ini perlu sentiasa muhasabah diri. Bukan bertanya apa yang orang lain buat untuk aku tetapi apa yang aku dah buat atau dah sumbangkan kepada orang lain disekeliling aku. 

Keikhlasan seseorang tidak boleh diukur hanya dari pandangan mata kasar. Soal hati, ikhlas atau tidak itu hanya tuan punya badan yang tahu. Kita jangan menghukum seseorang sewenang-wenangnya mengikut perasaan kita sahaja sedangkan bab ikhlas ini sesuatu yang amat subjektif.

Apa pula perasaan diri bila minta pertolongan berkali2 daripada orang yang kita benci. Orang itu tidak pula pernah mengabaikan permintaan kita walhal dia tahu bahawa kita benci padanya. APA SALAH DIA??????.....jangan sampai satu hari dia menjadi terlalu bosan sehingga terus melupakanmu.

Bagi diri aku, tiada lagi kemaafan yang dapat kuberikan padamu. Sudah tiada apa yang dapat aku katakan kerana hati ini terlalu terluka dengan sikapmu. Kau melukakan hati orang yang aku sayang sedangkan orang itulah tempat kau minta pertolongan. Jangan kau harapkan apa2 lagi daripada aku ataupun dari DIA.....................mintalah pada Tuhan yang Maha Esa...mintalah keampunan daripadaNya.....sebelum kain kapan menutup mata...................berhentilah daripada terlalu bergantung kepada orang lain....berhentilah melukai hati orang2 di sekelilingmu.......jangan biar air mata mereka mengalir kerana perbuatanmu............cubalah guna fikiran yang Allah kurniakan...jangan ikut hati dan perasaan kau yang gila itu....gunalah akal yang waras....