Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Tuesday, November 30, 2010

Puteriku Sayang...

Inilah puteri kesayangan mama....Aulia Asyikin, 3 tahun....seawal 3 tahun dah macam2 dia pandai buat....Ckin dah pandai baca alif ba ta sampai ya, satu sampai sepuluh, one to ten, dah pandai nyanyi Sifat 20, lagu Burung Maksigut, Twinkle2, Johny2, dah pandai buat susu sendiri, pandai mandi sendiri, pakai baju sendiri....dan semuanya nak jadi macam mak, macam ayah......kalau bab bergaya depan kamera, memang juara.....sudah pandai ambil gambar sendiri....








Pada bulan Ogos 2010, Ckin dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada paru2.....mama sangat risau, hari2 berdoa agar Ckin cepat2 sembuh.....5 hari jaga Ckin di wad, sikitpun mama tak rasa susah.....Ckin juga  sabar makan ubat, kata nak sembuh cepat kannnnn.....nak balik umah.......




23 Ogos 2010, cukup umur Ckin 3 tahun.....mama, ayah, tok mama, mak uda dan acu buat suprise untuk Ckin....kami beli kek birthday untuk Ckin, dan mama bleh tgk puteri kesayangan mama begitu seronok dan teruja bila dapat tahu kek itu adalah kek hari lahir Ckin......





Kalau bosan, mama dan ayah akan bawa Ckin jalan2.....bagi makan ikan kat tasik Jubli Emas...kalau cuaca tak mengizinkan selalunya kita akan main permainan kesukaan Ckin....biar Ckin main puas2, sbb kat sana Ckin bergaul dengan budak2 lain.....Ckin main sama2...... mama dan ayah sedia menunggu......








Apa sahaja mama dan ayah buat untuk tengok Ckin sentiasa gembira.....kerana melihat senyuman di bibir Ckin adalah kebahagiaan di hati kami.....

Sunday, November 14, 2010

RENUNGAN dan PENGHAYATAN kepada seorang yang bergelar SUAMI.....

Jika isteri menangis dihadapanmu….
HARGAILAH IA SEBELUM TERLEWAT…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya...
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam…
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya...
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa...
Dia TERHARU dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN...
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN...

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA...

Saturday, November 13, 2010

Layunya Bunga Hati...

Salam.....dah lama tak menulis apa2.....hmmm....sibuk sikit kebelakangan ini dengan kerja pejabat....kalau buka blog pun hanya tambah/edit apa2 yang tak kena.....maklumlahhh,baru belajar macam mana nak bikin blog.....huhuuu....

Apa cerita ekkk......aku baru saja keguguran lebih kurang dua minggu yang lalu.... kecewa juga la sbb dok tatang2 nak dapat anak lelaki pula.....tp apa nak buat kan, kalau dah bukan rezeki.....hmmmm,redha saja laaa...so, sekarang ni tengah berpantang (ikut nasihat org2 tua).....dalam masa yang sama juga,akudapat anak saudara yang kedua.....Dhiya Farisya Wardiha....kalau tak silap,itulah namanya.....panjang juga....panggilnya hanya Farisya.....lengkap dah sepasang anak Wani, adik aku.....

 Dalam kesibukan kerja ni,dalam masa berpantang ni ada saja dugaan yang datang....entah la,Tuhan selalu menguji hatiku ini......sabar ka aku, tahan dugaan ka aku, pemarah ka aku, pendendam kaa aku.....hmmmm, kadang2 tu rasa nak bebai jaaaa.....tp pikir2 tak dak guna,sabar jer la......doa2 semua kesulitan selesai......