Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Tuesday, June 5, 2012

Dah lama sangat tak bercerita.....sejak bersalin anak kedua ari tu,memang tak ada masa untuk aktiviti lain...Habis pantang, cukup 2 bulan dah keja balik. Sibuknya hanya Tuhan yang tahu. Amik masa 2 bulan gak nak siapkan semua keja...Ari ni baru rasa macam lapang sikit.

Adik ke-3 dah selamat dinikahkan...kenduri pun sudah. Lega rasanya, dia ada tempat bergantung harap, ada orang akan menjaga dia seumur hidup.

Aku dan hubby masih lagi menunggu loan rumah yang masih tergantung...dengar cerita dah nak lulus....kalau lulus betapa gembiranya aku....kali ni buat ngan BSN...dah try berapa bank,bank ni yang nampak ada sinar.....kenapa susah sangat pun tak tau.....

Anak kedua namanya Aulia Humayraa, dah nak masuk 5 bulan.....manja sikit daripada kakak dia....tido nak kena tepuk betul2.....ni dah 2 ari demam,mungkin demam nak leh meniarap kot......tak merap sangat cuma tido tak berapa nak jerap sangat.....letih la jugak tapi kena kuat.....rehat sambil2,bila dia lena aku terus letak kepala.....sebentar pun jadi la.....keja umah tak sepenuhnya aku boleh buat,lipat kain langsung tak sempat....sian gak kat mama,tapi apa leh buat....sepenuh perhatian aku bagi kat dia....