Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Tuesday, May 12, 2020

Rindunya aku untuk kembali menulis. Kisah hidup aku, suka duka aku tapi masa yang tidak mengizinkan. Aku sibuk. Hidup seperti robot, menjalani rutin seharian yang hampir sama.

Tahun 2020 ini, banyak memberi perubahan dalam hidup aku....suami, anak2 dan boleh dikatakan hampir 1 dunia merasai perubahan ini. Tahun 2020 di mana dunia dilanda ancaman wabak COVID-19 yang boleh membawa maut kepada sesiapa yang dijangkitinya.

Akibat wabak ini, satu Malaysia diarahkan untuk menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP), di mana semua orang tidak boleh keluar dari rumah kecuali ketua keluarga sahaja. Itu pun hanya untuk membeli barang keperluan. Semua ditutup, sekolah..pejabat...semua sektor.

So, bermulalah rutin ibu sepenuh masa di rumah dari 18/03/2020 sehingga 09/05/2020. Setiap hari di rumah bersama anak-anak yang cuti dari sesi persekolahan. Aku pula bekerja dari rumah seperti yang diarahkan. Penat juga sebab dalam bekerja kita kena melayan karenah anak-anak, sediakan makan minum dan pastikan rumah sentiasa berkeadaan bersih. Bersih yaa...bukan berkeadaan kemas...sebab susah siki bagi ibu yang ada anak kecil seperti aku untuk tengok keadaan rumah yang kemas setiap masa...ada masa sakit mata memandang. Tapi anak-anak sudah faham, jika pandai main pandailah diorang simpang. Cuma adalah sisi-sisi yang tak berkenan di mata seorang ibu.

Bermula 10/05/2020, aku kena keluar bekerja bergilir-gilir dengan semua staf di pejabat. Kena pula bulan puasa. Jadi letih la kalau nak balik masak pula kan. Bazar  ramadhan pun tak ada. Hanya yang ada gerai-gerai kecik yang berselerak menjual juadah berbuka puasa. Kalau bazar tu, setempat...senang nak buat pilihan.

Monday, May 11, 2020

Sudah sangat lama aku menyepi. Tenggelam dalam kesibukan hidup. Hanyut dibawa arusnya. Seketika aku tersedar, tersentak tapi aku leka kembali.

Sehingga tiba tahun 2020 yang dinantikan. Aku tidak sangka ada hikmah dan hidayah Allah di sini yang menantiku. Sungguh aku malu kepada Tuhanku. Iman aku timbul tenggelam. Hilang dalam nikmat yang Dia kurniakan.

Alhamdulillah, aku kini kembali memandu ikut landasan Allah. Aku lengkapkan sisi hidup aku yang telah lama gelap, tiada cahaya iman yang menerangi ruh ku. Ruh yang lemah longlai kerana tidak dipedulikan, kini aku suap dengan ibadat.

Semoga aku terus istighomah. Semoga aku menjadi insan solehah untuk bekal aku di akhirat sana, negeri yang kekal abadi.