Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Sunday, May 22, 2011

Cerita Minggu Ini....

Pertama sekali aku tertarik untuk menceritakan satu kisah....kisah ibu dan anak....anak yang ditatang ketika kecil,yang disayangi dan dipuja2.Al-kisahnya,bapa mereka telah pulang ke rahmatullah pada bulan puasa tahun 2010 yang lalu.Tinggallah si ibu ini tinggal dengan 2 orang anak (seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak).Ditakdirkan si ibu mendapat kencing manis dan kakinya terpaksa dipotong.

Maka si ibu ini amat menagih kasih sayang anak2nya,mengharapkan perhatian,bantuan dan belaian anak2nya itu.Mahu dimandikan,diberi makan dan segala-galanya perlukan bantuan.Dalam kesedihan kehilangan suami,dia diduga dengan penyakit dan anak2.

Apa yang sampai ke telinga aku,si ibu tidak mendapat layanan yang sepatutnya beliau terima daripada anak2.Sampai hati anaknya menengking,memukul dan yang paling teruk menendang ibu ini.Nauzubillah......dan kini aku baru sahaja mendapat tahu bahawa ibu ini telah pergi meninggalkan anak-anaknya untuk selamanya menyahut panggilan Ilahi.

No comments:

Post a Comment