Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Monday, July 25, 2011

Oh Adik....

Dalam keghairahan aku menikmati masalah yang telah selesai, timbul pula masalah baru. Tahun ni tahun masalah kot. Macam2 dah aku lalui. Sampai kadang2 aku rasa penat menerima satu demi satu yang datang.

Kali ini masalah dalam rumah. Adik aku yang mengaji di Polimas tu, tiba2 saja keluar dari rumah sewanaya. Tanpa berbincang dulu dan tanpa pengetahuan aku. Bila dah duduk di rumah, nak ke Polimas pula jadi masalah. Ada orang pula nak kena hantar dan amik dia pergi dan balik Poly tiap2 ari. Hahhhh.....tak betul la macam tu....kalu dia balik umah dan selesaikan masalah dia sendiri tanpa libatkan orang lain tak per juga....ni dah jadi tanggungan orang lain pula.....

Memang la dia ada hak nak duduk umah atau tidak tapi pada aku dia perlu buat keputusan yang bijak. Aku pun terpaksa kuatkan hati untuk menegurnya. Sudah tentu dia kata aku kedekut keta dan tak boleh tolong dia waktu susah.....tuduhan sebegitu amat berat buat aku sbb aku sayangkan adik2 aku. Mana mungkin aku nak buat begitu tapi memikirkan kos yang terpaksa ditanggung, aku terpaksa. Keselamatan dia pergi dan balik pun perlu diambil kira.

Sekarang dia tak bertegur sapa dengan aku. Petang ni dia bertindak keluar dari umah, mungkin ke rumah sewa yang baru. Bukan ini yang aku mahu. Aku memang nak adik2 aku dekat dengan aku, tapi apa yang patut aku buat. Aku sebagai yang sulung, dan mama hanya mengharapkan aku untuk menegur setiap perlakuan adik2. Bila aku tegur, beginilah yang jadinya.

Entahlah, kadang2 ini yang membuatkan aku sedih......kalau ada abah tentu dia juga membuat perkara yang sama.....

No comments:

Post a Comment