Selamat datang ke dunia Vidasakura....halaman ini lebih menceritakan tentang suka dan duka insan di sebalik nama tersebut serta pengalaman pahit manis yang dilalui. Kerana langit itu tidak selalu cerah.....







Sunday, April 24, 2011

Doaku..

Seringkali aku berasa letih dan tidak bermaya. Hingga terkadang aku lemah dan terbaring saja di atas katil. Namun aku kuatkan,kucuba gagahi bila mengenangkan aku punyai suami dan anak. Tidak aku ceritakan masalahku kepada sesiapa selain mengatakan aku 'letih'....mungkin penat bekerja.

Sehingga pada satu hari, suamiku mencadangkan aku berubat dengan seorang ustaz. Muda lagi ustaz ni....kawan sekampung hubby. Bila sesi perubatan berjalan, barulah aku tahu bahawa aku 'diganggu' sesuatu. Aku menangis......setiap kali itu aku dapat semangat baru....tapi seringkali 'ia' datang lagi....dan berubat lagi....

Entahlah,kadang2 aku rasa serabut di kepala....rasa nak marah saja....bad mood memanjang....mungkin itu angkara 'dia'.....dan aku hanya mampu berdoa.....semoga Allah jauhkan semua gangguan daripada aku dan keluarga...amin...

No comments:

Post a Comment